Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Di sudut hati
Tuesday, November 3, 2009
Jangan Ada Benci
Friday, October 23, 2009
Ishtiqarah....
Sehening perasaan itu datang tanpa diduga..
Menyuntik warna2 ceria disegenap saniburi...
Ku biarkan ia berkembang berseri...
Sebening perasa itu tiba2 datang bersarang dihati...
Hilang semua seri sepurnama...
Yang ada cuma rasa yang bercampur baur...
Yang mana yang pasti yang mana hakiki...
Sesuci perasaan yang sememangnya murni...
Memanjat doa pada Yang Maha Mengetahui...
Andai baik dan buruk pada diriku, agamaku dan perjalanan hidupku...
Aku redha atas semua ketentuan Mu Ya Rabbi....
Selapang dada yang cuba ku takluki...
Ku tinggalkan mu yang kini tidak pasti....
Untuk mencari apa yang ingin kau miliki....
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ?. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya"
Friday, October 16, 2009
Ku Masih Sini
Sepi seketika....
Sunyi tanpa bicara...
Tapi ku masih disini..
Berpijak dibumi yang sama...
Menyedut udara yg juga sama.....
Friday, September 4, 2009
Hanya Pada Mu
Thursday, August 27, 2009
Program Amal Nur Kasih Ramadhan
Surat berserta tandatangan dan cop dari Rumah Amal Limpahan Kasih...nak lg detail psl rumah ni sila ler ker http://limpahankasih.blogspot.com/ ...kot tak bape jelas kan blh la tgk kat sini plak http://azueriena.fotopages.com/?entry=1916432&back=http://azueriena.fotopages.com/?page=0#CommentsTop
Pelan ke Rumah Amal Limpahan Kasih ni
Wakil dr Team Ketupat Bawang (TKB) telah pun melakukan riki terlebih dahulu terhadap keadaan umah Amal Limpahan Kasih ni..so kengkawan smua blh la dpt gambaran awal camne ler keadaanya rumah Amal Limpahan Kasih ni yer...


Nota hatiku-----> Keluhuran hati sahabat2 blogger sekalian unutk menyertai program amal ni amatlah dihargai...Jutaan terima kasih diucapkan diatas keprihatinan kalian semua.......Walaupun kami berhadapan dgn ayat2 yg berunsur provokasi yg bertujuan untuk mgagalkan program amal ini..Alhmdllah sambutannya diluar jangkaaan kami...Inysaallah buat baik dibalas baik...
Wednesday, August 5, 2009
Mana satu...
Disebabkan oleh musibah yg sedang melanda serata pelusuk dunia...(kat kutub utara n kutub selatan kena ke tidak erk....) kita ni insan kerdil ciptaan Allah menjadi kelam kabut sbb makin hari jumlh yg dijangkiti makin meningkat..penyakit ni juga menjadi "sebab" seramai 9 org menemui ajalnya...(ajal tu kan hal Allah..cuma nak dijadikan sebab dan punca)....jumlah itu setakat wa buat n3 ni..jumlahnya mungkin akan meningkat lagi...
Para Bakal jemaah haji yg nak g menunaikan rukun islam yang ke5 pun awal2 lg da diuji ketahanan mental dorang..sama dorang ni sanggup ke mengambil risiko untuk berada ditengah2 lautan manusia yg dr seluruk pelusuk dunia...Nasib baik ada ulama iaitu Sheikh Abdul-Mohsen al-Obaikan, seorang penasihat kepada keluarga diraja Saudi dan anggota Majlis Syura arab saudi menolak keras larangan perjalanan ke atas jemaah haji disebabkan kebimbangan mengenai wabak H1N1. Pada hemat sendiri...buat apala dicampurkan hal H1n1 tu ngan hal2 amalan ni..sedangkan org yg hatta kena penyakit Aids pun insyaallah akan "disambut" kedatangannya ke tanah suci mekah...Smua manusia adalah sama di mata Allah...(wah...wa da mula tulis topic yg heavy nih...wihahahhahahaha)
Tok ti ni pun gunakan konsep "purdah' tuk cover album dia... dia da predict awal2 yg konsep purdah ni akan fofular...mihahahhahahahha...(astaga wawa ;) )

Wa paling suka yg ni..."purdah" yg dipakai sari yanti time dia nikah ... if wa dtg keje pakai camni pun ok gak kan...ya habibi ya maulana....anna dtg mau kerja....keh..keh..keh...
Friday, July 24, 2009
Ada masanya.....Ada Kalanya..
Ada masanya kita perlukan simpati seseorang...
Ada kalanya kita bersimpati pada orang yang tak sepatutnya....
Ada masanya kita perlukan orang yang murah hati...
Ada kalanya kita bermurah hati pada orang yang tak memerlukan......
Ada masanya kita perlukan masa untuk berfikir.....
Ada kalanya kita memperuntukkan terlalu banyak masa untuk berfikir.....
Ada masanya kita perlukan panduan untuk membuat keputusan.......
Ada kalanya panduan yang kita gunakan itu adalah tidak benar.....
Ada masanya kita perlu untuk melakukan kesilapan untuk mendapat jawapan yang benar...
Ada kalanya kesilapan yg kita lakukan itu adalah kesilapan berulang yg makin mengelirukan....
Ada masanya kita mahukan kesempurnaan....
Ada kalanya kesempurnaan itu sebernarnya tidak mampu untuk kita dapat....
Ada masanya kita perlukan rasa kasih sayang yang nyata...
Ada kalanya rasa kasih dan sayang itu akan menyakiti kita semula....
Ada masanya kita mahukan semua orang memahami apa yg kita mahu...
Ada kalanya apa yang kita mahu itu sememangnya tidak mudah untuk difahami orang lain....
Ada masanya kita terlalu dibutakan kan dengan cintakan duniawi..
Ada kalanya juga kita terlalu taksub dgn kehidupan abadi....
Makanya..Ada masanya kita harus begitu...
Dan..Ada kalanya kita perlu begini....



